Petua Kejayaan

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2: Kita sebatang pensel«

Pertama:´ kata si pembuat pensel, ³kau boleh menulis banyak perkara hebat,tetapi ini hanya berlaku jika engkau benarkan dirimu dipegang oleh seseorang.
Kedua: Kau akan mengalami kesakitan semasa matamu ditajamkan,tetapi,engkau perlu laluinya bagi menjadikan engkau pensel yang lebih baik.
Ketiga: Engkau boleh membetulkan kesilapan yang telah engkau lakukan.
Keempat,benda yang paling berharga padamu berada di dalam tubuhmu.
Dan yang kelima,tidak kira diatas permukaan apa kau digunakan,kau mesti tinggalkan bekasmu.

Walau dalam keadaan apa sekalipun,engkau mesti terus menulis.´Pensel memahami kata-kata pembuatnya.Ia berjanji akan menggalas tugasnya seperti yang diamanahkan.Lalu dia pun dimasukkan ke dalam bekasnya.
Cuba gantikan pensel itu dengan diri kita.Ingat kelima-lima perkara penting itu dan kita akan menjadi manusia yang hebat sepanjang masa.
Pertama,kita boleh melakukan banyak perkara yang hebat,dengan syarat kita mengizinkan diri kita berada dalam genggaman ilahi.Dalam masa yang sama,izinkan manusia lain memandu kita dalam mencapai impian hidup dan melakukan yang terbaik.
Kedua;kita akan menderita bila µditajamkan¶ dari masa ke semasa dengan melalui pelbagai ujiandan dugaan.Biarpun sakit,kita amat memerlukan ujian dan dugaan itu bagi menjadi manusia yang cekal,gigih serta berfikiran tajam.
Ketiga;kita boleh membetulkan kesilapan yang telah dilakukan. Jangan malu untuk merubah diri untuk menjadi yang lebih baik.
Keempat,bahagian yang paling berharga pada diri kita berada di dalam tubuh. Just be honest to yourself.
Kelima,dan yang paling penting,tidak kira atas permukaan apa pun kita melangkah,kita mesti meninggalkan bekas. Laksana kata pepatah, “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.” Tidak kira bagaimana situasi melanda,terus laksanakan tugas yang diamanahkan dengan secemerlang yang boleh. Kita sebatang pensel«


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s